MARINE INSURANCE

Sesetengah syarikat penghantaran kenderaan menyifatkan mereka ada menyediakan pakej insurans namun realitinya tidak. Perlindungan insurans yang sah mestilah disertakan polisi insurans. Polisi tersebut akan menerangkan apakah bentuk perlindungan yang diberikan serta jumlah perlindungan.

Ventura Trans And Services bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada semua pelanggan berkenaan MARINE INSURANCE. Secara mudahnya insurans ialah MEMINDAHKAN risiko/ kerugian/ kehilangan/ kerosakan kenderaan yang dihantar KEPADA SYARIKAT INSURANS. Ini bermakna SYARIKAT INSURANS akan MEMBAYAR segala kerugian yang di tanggung oleh anda.

Marine insurans memberikan perlindungan penuh kepada kenderaan-kenderaan yg dibawa menggunakan kapal laut. Perlindungan bermula dari perlabuhan (Port of Loading) hingga sampai di perlabuhan (Port of Discharge).
MARINE INSURANCE INI HANYA SAH UNTUK PERLINDUNGAN PENGHANTARAN KENDERAAN MENGGUNAKAN KAPAL SAHAJA (PORT TO PORT). IA TIDAK TERPAKAI DALAM BAGI PENGHANTARAN YANG MELIBATKAN TRANSHIPPMENT (SEPERTI SANDAKAN, LAHAD DATU, TAWAU, SIBU, BINTULU DAN MIRI) DARI PORT DISCHARGE.
Ventura Trans and Services menjalin kerjasama dengan TOKIO MARINE INSURANS MALAYSIA (BERHAD) dalam menyediakan pakej perlundungan terbaik. Perlindungan yang diberikan termasuklah:
a) Kapal tenggelam
b) Tsunami
c) Kebakaran
d) Kapal Terbalik
e) Lushing Terputus
f) Perlanggaran Kapal dengan jeti/ sesama kapal
g) Letupan
h) Kecurian standard part kereta ( side mirror, bumper, stereng, lampu, battery etc)
i) Kemalangan kenderaan dalam kapal.
Bayaran untuk marine insurans adalah berdasarkan kepada nilai / harga pasaran sesebuah kenderaan. Contohnya:
a) Sebuah Myvi (2011) mengikut harga pasaran ialah RM33,000
Bayaran marine insurance ialah:
=Vehicle Market Value X 0.35% + Stamp Duty (RM10)
=RM33,000 X 0.35% + RM10.00
= RM125.50
b) Sebuah Honda  (2011) mengikut harga pasaran ialah RM100,000.00
Bayaran marine insurance ialah:
=Vehicle Market Value X 0.35% + Stamp Duty (RM10)
=RM100,000 X 0.35% + RM10.00
= RM360.00
Note:
Kadar bayaran paling rendah untuk memiliki Marine Insurance ini ialah RM125 walaupun harga pasaran kenderaan kurang dari RM 33,000
Sebarang tuntutan jika berlaku adalah berdasarkan harga pasaran kenderaan tersebut.
Barang/ Muatan/ Personal Effect yang dibawa oleh pelanggan seperti telefon bimbit, laptop, syiling, Smart Tag dan lain-lain lagi yang diletak kenderaan tidak akan dilindungi insurans ini.
Pihak insurans tidak bertanggung jawab bagi kehilangan aksesori barang tambahan seperti turbometer, speaker tambahan, sub woofer dan lain-lain lagi. Aksesori Kenderaan Standard SAHAJA ditanggung.